* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

February 28, 2011

10 principles for peace of mind


Halu.... today is Monday... mesti ramai yang Monday Blues right?
So post kali ni yang x berat punya... untuk menenangkan minda... :D
Dan mengingatkan diri sendiri jugak... x nak stress...

stress = makan = gemuk = bertambah stress... hahaha

10 langkah untuk mendapatkan minda yang tenang...

1. Do Not Interfere In Others' Business Unless Asked.

Ni most of us hadapi sebab kita ni diajar untuk jaga kain orang... bukan nak kata x boleh jaga langsung, tapi beragak la... jangan sampai jiran sebelah masuk hospital pun kita x tau... (tu dah sampai tahap Bloody Unconcern)... kita pun x suka kalau orang asyik interfere dalam hal-hal kita kan? So,unless being asked to, jangan jaga sangat kain orang... mari jaga kain sendiri...

2. Forgive And Forget:

Selalunya yang buat kita pening,sakit kepala and hati, adalah bila kita berdendam... sesungguhnya ia adalah benda yang tidak sihat untuk diamalkan...silap-silap dapat darah tinggi nanti... Hidup ni terlalu singkat untuk moments yang x indah ni... memaafkan,melupakan dan teruskan hidup... Cuba amalkan ni sebelum tidur, "aku maafkan semua orang yang buat salah dengan aku walaupun secara sengaja atau tidak." percayalah,anda akan rasa tenang... :D

3. Do Not Crave For Recognition:

Jangan terlalu pentingkan nama... Semuanya nak nama dia... Lame-lame orang jadi x suka.. Amalkan "tangan kanan memberi, tangan kiri pun x tahu"... jadi humble... Hidup kita lebih mudah...

4. Do Not Be Jealous:

Jealous? sape x pernah jealous kan? tapi ada dua jenis jealous dalam dunia ni... Ada yang jealous ke arah kebaikan, tapi ada juga yang ke arah hasad dengki... Selalunya orang jealous yang jenis kedua tu... buat apa nak cemburu dengan orang lain? masing-masing mempunyai rezeki masing-masing... sekiranya si A ni lebih berjaya dari anda sekarang, x mustahil suatu masa nanti anda lebih berjaya dari A... Maka, sekiranya anda cemburu jenis kedua, tukarkan ia kepada cemburu jenis pertama... berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti orang yang dicemburui... baru la cemburu sihat namanya tu...


5. Change Yourself According To The Environment:

Masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau,mengaum... tapi jangan pula masuk kandang anjing, mengajing... naya nanti... hahaha... Makanya,kita kena sesuaikan diri dengan environment sebaiknya... memang susah mula-mula, tapi mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan? nak makan pun kena kunyah dulu baru boleh telan... once anda berjaya menyesuaikan diri,percayalah,hati dan minda akan senang sekali... ;)


6. Endure What Cannot Be Cured:

bukan semua benda dalam kawalan kita... tapi sekurang-kurangnya,kita boleh mengawal semua tu dari berlaku... kiranya macam accident,kita memang x boleh nak jangka.. tapi kalau memandu dengan mengikut had laju semua, kira kita ikhtiar untuk mengelak accident kan?

7. Do Not Bite Off More Than You Can Chew:

Ok... semua orang willing nak terima macam-macam tugas but end up satu pun dia x dapat nak siapkan... yang dikejar x dapat,yang dikendon berciciran.. jangan serabutkan kepala dengan benda yang x diperlukan... lebihkan kepada ibadat lagi baik.. semakin banyak beban yang ditanggung,semakin serabut kita rasa... kemudian kita sendiri penat dari segi mental and fiziakl...

8. Meditate Regularly:

Bertafakur? mungkin bagi muslim lebih elok untuk melakukan muhasabah diri... duduk selama setengah jam di tempat yang sunyi, muhasabah apa yang dilakukan sepanjang hari atau minggu... tenangkan fikiran dari benda-benda yang x sepatutnya...

9. Never Leave The Mind Vacant:

haa.... janagn terlalu kosong pulak minda tu.... bila minda kosong,mula la fikir macam-macam yang mengarut kan? Maka, jangan tinggalkan minda anda sendirian...kerana syaitan banyak menghasut ketika itu... seeloknya kekalkan di fikiran benda-benda positif... even sebelum tidur sekalipun,jangan kosongkan minda... fikirkan benda yang menyenangkan hati dan berselawat...

10. Do Not Procrastinate And Never Regret:

Hargai masa... jangan habiskan masa terlalu banyak untuk membuat keputusan... takut-taku nanti terlalu banyak masa dihabiskan dan tiada satu tindakan pun diambil...sekiranya dah membuat sesuatu keputusan,jangan di risaukan lagi,biarkan je... walaupun ia keputusan yang salah,ianya lebih baik dari tidak membuat sebarang tindakan.. jangan dikesali apa yang dah berlaku... let bygones be bygones..

Ok,tamatlah sudah post hari ni... petikan dari lovebeats.org..
i pun masih lagi belajar untuk mengamalkan semua ni... masih belajar untuk menjadi seorang yang optimistik...
i harap semua orang pun camtu...
doakan kejayaan i and i pun sentiasa mendoakan kejayaan semua orang dalam menjadi lebih optimistik..

Mari kita semua ke arah hidup yang lebih sihat!

Luv,
ketawariang

5 comments:

Anonymous said...

nak copycat boleh?nak share dlm blog especially nak ingtkan diri sendiri...

ketawariang said...

@noremy : boleh je...sharing is caring...lets remind each other... :D

Anonymous said...

betul...sharing is caring...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

info yg menarik ini telah kakD baca kat blog noremy...

baguih la...

salam kenal dari kakD...

ketawariang said...

owh yeke... :)
slm kenal gak... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...