* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

September 10, 2013

Check-up kat Klinik Kerajaan?



alhamdulillah!

mula-mula tak nak test sebab sebelum tu negatif...
kali ni tunggu sebulan tak period tak kunjung tiba,beli lah jugak pregnancy test...

balik,pergi test and tengok positif!
masuk bilik kejut husband and tunjuk dia test kit tu,nasib baik dia tak masukkan dalam mulut macam dalam Adnan Sempit 3! hahaa

esoknya pergi klnik untuk scan, takut false alarm...
alhamdulillah memang ada sesuatu dalam womb ini...



checkup buat kat klinik area blok kitorang ni,sampai lah baby dah 5 bulan, berat turun...
sebelum-sebelum tu berat maintain je...

so doktor suruh pergi Klinik Kesihatan je...
berat hati jugak lah sebab kerja kan, memang susah nak keluar...
tapi sebab fikirkan baby,pergi la jugak...

sekarang ni, dah banyak bulan gak checkup kat kerajaan...
lama tunggu tu memang la,tapi detail sangat checkup dia...


 mesin nombor rosak, so takdelah lama sangat tunggu, jangan terpedaya dengan "Nombor Giliran terkini"..

so kalau aku datang 3 ptg,selalunya habis 5 ptg...
aku punya kes lama sikit la sebab kencing kotor...

ni flow untuk korang yang nak buat maternity check-up dekat klnik kesihatan
tapi mesti lah buat buku pink yang ibu mengandung tu... untuk buat buku, kena spend setengah hari sebab banyak benda dia nak check...

1. Make sure datang on time! jangan ingat kau datang awal dari appointment, kau dapat awal... no no no...
2. Tunggu nurse bagi buku pendua
3. Pergi buang air kecil dan celup dengan test strip (KK Pasir Gudang sediakan strip dalam toilet, so tunjuk strip je pada nurse, tak tahu lah kalau KK lain)
4. Kalau nurse kata ok, boleh la buang air tadi... kalau tak ok, kena simpan air tu...
5. pergi kaunter check hemoglobin (satu kaunter dengan kaunter air kecil tadi)
6. pergi letak buku dekat bilik nurse. Tunggu giliran anda
7. Nurse ambik berat dan blood pressure... kalau anda kena jumpa Doktor masa hari tu,anda boleh keluar dan ke bilik doktor...
8. Kalau appointment hanya jumpa nurse pada hari kejadian,nanti dia akan brief dan tanya anda macam-macam... info banyak dapat masa ni,,, tak tahu, tanya!
9. Letak buku depan bilik doktor. tunggu giliran
10. lepas check dengan doktor,letak buku lagi sekali untuk buat appointment akan datang.
11. siap, balik!

haaa banyak kan prosedur?

tapi untuk my case, dari nombor 2 skip ke nombor 5... then lepas nombor 7, pergi lab untuk hantar air kecil...
lepas tu baru jumpa doktor...

bagi aku,aku happy dengan apa yang aku dapat walaupun lama sikit menunggu...
tolong jangan ingat yang semua prosedur boleh siap dalam sejam... melainkan KK yang korang pergi tu memang tak ada orang...

okay,sekian dari aku... hahaa....selamat checkup... :)


♥ Thank you sudi melawat blog ni ye.. ♥
Luv,
ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...