* Laughing girl *



♥ A very proud mother of Saiful Faqih & Syifa Fatanah who just loves to laugh and share stories ♥

these are stories of me and my little family

Enjoy your visit here :)




Followers Tersayang

nuffnang

March 22, 2016

UTC Johor Bahru

Alkisahnya Faqih terpilih untuk wakil taska dia ke UTC JB untuk represent Kelab Pengusaha Taska.
Dari pagi dah hantar dia then kami ke JB untuk join.

Since memang plan nak breakfast kat JB, so terus ke Pondok Santapan dekat Larkin.


Dari kanan : Lontong kering, Roti Arab, Roti Jala.

Tambah lagi satu set roti jala sebab husband request.
Masa bayar, makcik cashier tanya, Makan 4, air 2?
Berapa orang makan ni?
HAHAHA makcik ni jangan la bikin kantoi kitorang makan banyak.

Then terus ke UTC sebab nak tengok Faqih dari jauh.
Memag cikgu dia dah pesan jangan tunjuk muka.

Sampai awal tapi anak-anak tak sampai lagi dekat booth.
So pergi lah semua booth ada pameran, register SSPN-i Faqih dan jugak bukak akaun Tabung Haji dan daftar haji.



Akhirnya anak-anak naik atas, kami pun snap gambar dari jauh.





Tiba-tiba nampak orang yang sangat dikenali lalu lalang dekat booth sebelah tempat Faqih, sepupu sendiri.
Hahaha

Terus selfie dan mintak dia ambikkan gambar Faqih dari dekat.







Ikutkan pukul 2.30 petang anak-anak dah balik tapi bila tanya orang situ, pukul 4 baru lah seseorang tu tiba.
So kami pun balik dulu sebab husband baru balik kerja pagi tu.
Ingatkan pukul 6 budak-budak ni dah balik, rupanya jalan keluar dari UTC semua ditutup.
So anak-anak stuck kat dalam UTC.
Tapi sebab dah petang sangat, cikgu bawak budak-budak makan.
Baru nak makan, dapat info orang tersebut dah sampai, lalu semua naik atas semula.

TAPI sehingga jam 7.30 malam, orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Cuma WAKIL dia je datang tengok.
So cikgu decide untuk bawak jugak budak keluar dari UTC.
Pukul 8.00 malam baru lah anak-anak sampai ke Pasir Gudang.
Kesian sangat cikgu-cikgu dan anak-anak.
Memang lepak sangat. Faqih mengamuk je sampai la tidur.
Malam tu dua kali jugak dia mengigau.

DAN lagi sedih bila anak-anak OKU sanggup tak nyanyi tak buat show sebab menantikan sesorang tersebut. Nak jugak buat show depan orang tersebut.
Ya rabbi, meruntun hati rasa.

Kepada yang tak muncul-muncul untuk anak-anak dan juga orang yang menantikan anda, fikirkanlah perasan mereka ni semua. Dengan panas, penat, tak ada tempat tidur, bising, tapi semua berkorban untuk anda seorang.

ADIL KE  AWAK BUAT DIORANG MACAM TU?

Ramai yang kecewa diperlakukan sebegitu rupa.
Terlalu ramai.


♥ Terima kasih sudi melawat blog ni ♥


 Jangan lupa share kat Facebook, Twitter ya!

 Love, #ketawariang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...